Wednesday, 24 February 2016

Nama Ahli Kumpulan



NAMA : AHMAD SYAKIRIN BIN MOHAMAD
NO.MATRIK : 16DEE15F1070
NAMA : HAFIDZ HAKIMI BIN MAZLAN
NO.MATRIK : 16DEE15F1066

NAMA : MOHAMED RIDZUAN BIN AHMAD ZAKIR
NO.MATRIK : 16DEE15F1043



NAMA : NUR SIRATUL SAMIRAH BINTI CHE MAT ISA
NO.MATRIK : 16DEE15F1071
NAMA : NURUL ASHIKIN BINTI ZAHARI
NO.MATRIK : 16DEE15F1059








Thursday, 11 February 2016

Assalamualaikum

   
       
PENGENALAN

Blog ini ditulis oleh kumpulan kami berdasar dari apa yang kami pelajari dalam Tajuk 3 bagi mata pelajaran Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.Dalam blog ini kami menulis tentang proses kejadian manusia dan kami menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia.Proses kejadian manusia ini kami ambil kebanyakannya dari al-Quran bagi menjelaskan kebenaran dan kesahihan peringkat kejadian manusia ini.




    Manusia
  • Bahasa Arab : al-basyar , an-nas, al- insan 
  •  Bahasa Melayu : pelupa 

     Al-Quran menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam beberapa surah.            Antaranya :

    Firman Allah :
        "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" (surah al-Tin : 4 )

     Malaikat telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah swt sebagai satu tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah makhluk 'Homo Eretus ' seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin. Jika Adam a.s adalah makhluk Homo Eretus sudah tentu Allah tidak melantiknya sebagai khalifah Allah
    
    "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat ; Sesungguhya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" (surah al-Baqarah : 30 )  

     

Tuesday, 9 February 2016

PROSES KEJADIAN MANUSIA


kejadian Adam a.s 


Allah menjelaskan kejadian dan rupa bentuk Adam adalah sebaik-baik kejadian. Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah. Al-Quran menjelaskan ada beberapa sumber kejadian manusia .

       1. Air (al-ma')
        *surah al-Furqan :54
         "Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air,lalu dijadikannya (mempunyai)  titisan baka dan pertalian keluarga (persemandaan) dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (meciptakan apa jua yang dikehendakiNya)"


               2. Tanah debu (al-Turab)
        *surah Ali Imran : 59
            "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi isa di sisi Allah adalah sama seperti  (kejadian ) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirmankepadanya "jadlah engkau" maka menjadilah ia"

                    *surah al-Hajj : 5
         "Wahai umat manusia, sekiranya kamu mnaruh syak (ragu-ragu)tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat ), maka perhatikanlah kepada kejadian  manusia kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudiandari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidakdisempurnakan; (kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang  ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak ; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetuai lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingtlah satu buit lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (tumbuh-tumbuhan yang merencup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai"

                  *surah Fathir : 11
                      "Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis)air benih, kemudian ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan, (juga seekor betina)dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada ladarnya dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah."  


              3.Pati Tanah (at-tin )
              *surah al-An'am : 2
            
             "Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemuadian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibagkitkan kamu semula pada hari kiamat dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu tentang hari pembalasan"

                    *surah al-A'araf : 12
                      "Allah berfirman : "apakah mani'nya yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahkanmu?" Iblis menjawab " Aku lebih baik daripada Adam , Engkau (wahai Tuhan)jadikan daku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari tanah"

                    *surah al-Isra' : 61
          "Dan ingatlah peristiwa takala Kami berfirman kepada malaikat : sujudlah engkau kepada Adam "; maka mereka sujudlah melainkan iblis ; ia berkata "Patutkah aku sujud kepada makhluk yang Engkau jadikan dari tanah yang diadun?"

                    *surah al-Mukminun : 12
          "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah"


                4.Tanah liat yang sebati (tin lazib)
         *surah al-safaat : 11
           "Setelah nyata kekuasaan Kami maka bertanyalah wahai Muhammad kepada mereka yang ingkarkan kehidupan semula orang-orang mati. Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? sesungguhnya kami telah menciptakan mereka dari tanah liat yang senang diubah dan diciptakan semula"

                5.Tanah liat yang kering dan keras seperti tembikar (shahshal)
         *surah al-Hijr : 26,28,29
          "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia(Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya"

                 "Dan ingatlah peristiwa tak kala Tuhanmu berfirman kepada malaikat:'' sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang bberubah warna dan bahunya"

                 "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ciptaanKu, maka hendaklah kamu sujud kepadanya"

                 
        6.Tanah bumi (al-ardh )
         *surah an-Najm : 32 
        
         "Iaitu orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan . sesunggunya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia mencipta kamu berasal dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu bahawa kamu suci bersih dari dosa. Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa"
        

Monday, 8 February 2016

Penciptaan Hawa


Al-Quran menceritakan penciptaan Hawa dari manusia yang satu (Adam)
Firman Allah :

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada tuhanMu yang telah menciptakan kamu dari diri yang, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak......... (surah an-Nisa' : 1)

Saturday, 6 February 2016

Penciptaan Zuriat Adam


Al-Quran menggunakan beberapa istilah mengenai penciptaan zuriat Adam (kecuali Isa bin Maryam) antaranya :

       1. Menciptakan kamu secara berperingkat-peringkat :
           "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? (surah Nuh:14)

     2. Zuriat daripada pati air yang hina 
               "Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya, roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati(akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."(surah as-Sajadah : 8)
             "Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih ) yang sedikit dipandang orang?" (surah al-Mursalaat : 20)

      3. Titisan air yang dipancarkan (nutfah)
                "Dari setitis air mani ketika dipancarkan ke dalam rahim" (surah an-Najm : 46)
        "Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan ke dalam rahim" (surah al-Qiaamah : 37)

   4. Diciptakan dalam perut ibu dalam tiga kegelapan (fi zulumat thalathat)
             "Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (hawa) ; dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor : empat pasangan(jantan dan betina ).Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya?" (surah az-zumar : 6)

   5. Janin dalam perut ibu (fi butun ummuhat )
             "Iaitu orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan . Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semnjak Ia mencipta kamu dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkt kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu bahawa kamu suci bersih dari dosa. Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa "(surah an-Najm : 32)


Manusia biasa diciptakan melalui proses tertentu yang memerlukan percantuman mani dalam rahim wanita seperti yang menjelaskan dalam firman Allah:

 " Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang, lelaki dan perempuan. Bukankah Allah yang berbuat demikian berkuasa pula menghidupkan orang mati " (surah al-Qiamah : 38-40)

Friday, 5 February 2016

Peringkat Kejadian Manusia

1.Nutfah(Air Mani)
  • Peringkat pertama bermula selepas persenyawaan - berlaku pada minggu pertama dan bermula selepas percantuman antara air mani lelaki dan perempuan.
  • Nutfah disebut sebanyak 12 kali dan perkataan air mani disebut dalam al-Quran sebanyak 13 kali.
  • Diantara ayat al-Quran tersebut ialah :

         Firman Allah s.w.t yang barmaksud :
         "Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermula dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." (Surah al-Insan : 2 )

          "Dan bahawasanyalah Dilah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani apabila dipancarkan". (Surah al-Najm : 46-47 )

2.'Alaqah :

  • Perkataan bahasa 'Arab yang bermaksud 'sesuatu yang terganntung melekat atau bergantung' kepada sesuatu yang lain.
  • Mempunyai maksud perkataan lain iaitu 'suatu buku atau ketulan darah'.
  • Perkataan 'alaqah disebutkan dalam al-Quran sebanyak lima kali iaitu dalam :  surah al-Hajj ayat 5,surah al-Qiyamah ayat 37-40,surah al-Mu'min ayat 67 dan surah al-'Alaq ayat 1-3.
  • Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu pertama atau pada hari ketujuh dan telur yang disenyawakan ini akan tertanam di dinding ( qarar makin )
          "Wahai umat manusia, sekiranyakamu menaruh syak wasangka(ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk hidup semula pada hari khiamat, maka perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia kerana sebenarnya Kami telah  menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan tidak disempurnakan; Kami jadikan secara yang demikian kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu kekuasaan Kami dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim ibu yang mengandung itu apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu pelihara hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan dalam pada itu ada di antara kamu yang dimatikan semasa kecil atau semasa dewasa dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan ingatlah satu bukti lagi : Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya dengan tumbuh tumbuhan yang meruncup tumbuh dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berbagai-bagai tanaman yang indah permai" (surah al-Hajj : 5)

           "Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan ke dalam rahim?" (surah al-Qiyamah : 37)

            "Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya sebagai manusia " (surah al-Qiyamah : 38)

            "Lalu Tuhan menjadikan daripada dua jenis , lelaki dan perempuan" (surah al-Qiyamah : 39)

            "Adakah Tuhan yang menjadikan semuanya itu, tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati tentulah berkuasa" (surah al-Qiyamah : 40 )

            "Dialah yang menciptakan  kamu dari tanah, kemudian dari setitis air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak ; kemudian kamu dipanjangkan umur sehingga sampai menjadi tua. Dan dalam pada itu ada diantara kamu yang dimatikan sebelum itu Allah melakukan kejadian yang demikian supaya kamu sampai kemasa yang ditentukan untuk menerima balasan; dan supaya kamu memahami hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan" (surah al-Mu'min : 67)

            "Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk " (surah al-Alaq : 1)

            "Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku " (surah al-Alaq : 2)

            "Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah " (surah al-Alaq : 3)

3.Mudghah
  • Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran menyebutkan ada dua mudghah iaitu mudghah mukhallaqah (sempurna) dan mudghah ghair mukhallaqah (tidak sempurna).
  • Peringkat ini terbentuknya otak,saraf tunjang,telinga, dan anggota-anggota lain.
  • Jantung juga sudah mula berdegup dan darah mula mengalir lebih banyak ke jantung bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. 

4.Nasyatan Khalqan Akhar
  • Berlakunya pada akhir minggu ke-8.
  • Perubahan yang berlaku ialah pertukaran embrio kepada janin.
  • semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna. Pada bulan ke-4, pembentukan uri menjadi lengkap menyebabkan baki pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang telah wujud. 

5.Nufkh ar-Ruh
  • Proses peniupan roh berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ seks.

VIDEO PROSES KEJADIAN MANUSIA


KESIMPULAN

Kami dapat mengetahui lebih lanjut tentang proses kejadian manusia dari sperma hingga menjadi seorang bayi berdasarkan apa yang kami pelajari dari Tajuk 3 dan kami olahkan kedalam blog ini untuk menyatakan kebenaran dalam al-Quran tentang proses kejadian manusia.Kami harap sesiapa yang membaca blog ini dapat mengetahui lebih lanjut tentang kejadian manusia dan dapat keyakinan bahaya apa yang dikatakan dalam al-Quran adalah benar.